Jemaah umrah diminta supaya memahami situasi ketidaktentuan di kota Mekah dan Madinah yang boleh mengakibatkan kenaikan harga pakej.
Menurut Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), kadar kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah menyebabkan harga pakej umrah terpaksa dinaikkan pada saat akhir sebelum jemaah berlepas ke tanah suci.